top-social-profiles{height:42px;text-align:right}#top-social-profiles img{margin:0 6px 0 0px !important} #top-social-profiles img:hover{opacity:0.8} #top-social-profiles .widget-container{background:none;padding:0;border:0} .social-profiles-widget img{margin:0 6px 0 0} .social-profiles-widget img:hover{opacity:0.8} hidup seorang potato

Sunday 30 May 2021

TIPS KAHWIN BUDGET

 


Hi guys😍,

Lama tak menulis blog. Sibuk dengan fasa baru kehidupan. Since pkp ni ramai sangat yang take chance untuk kahwin so aku pon nak cerita pengalaman akad nikah budget. Harap membantu korang kat luar sana yang nak kahwin tapi nak jimat at the same time.

Total budget around 5k. Aku kahwin dengan orang berlainan negeri jadi kos tinggi sikit la sebab ada kos travel kan. Yang kahwin sama negeri tu alhamdulillah untung. Dan time ni masih pkp sebab Covid-19 kan jadi tak boleh jemput ramai2. Jimat dah dekat situ.

List persiapan & harga aku letak dekat bawah:

1. Baju akan nikah lelaki & perempuan (Total RM615)

    Baju akad nikah perempuan: RM180 

(beli masa ada sales, orang selangor kt bangi tu bersepah butik. Pergi je situ banyak choice. Aku masa ni buang masa cari baju pergi sampai setia alam, klang, shah alam cari baju semua tak sesuai. Last2 beli dekat butik Nawlaa bangi je. Baju pon just nice bagi aku).

   Tudung akad nikah: RM30 

(beli kt ariani je yang mur mur. tak payah nak berbatu swarovski sangat la. nanti pakai veil lagi).

   Crown: RM15

(beli je dekat mall yang kedai2 jual dekat tepi2 tu)

   Kasut perempuan: RM90

Baju akad nikah lelaki: RM 300 (roughly)

(ni harga baju sekali sampin)

Songkok: RM10 

(beli masa sales kt giant)

Kasut lelaki: Recycle kasut lama je. 

2. Pelamin  RM450

(Ni aku ambik pelamin ashe2 je takdela grand. Tapi just nice. sekali dengan alas duduk untuk akad nikah tu)

3. Photographer : RM750 

(Ambil dekat studio area kampung aku. Gambar cantik. Full set sekali album. Video takdela)

4. Catering : RM3000

(Ni utk 300 pax RM3000. Nama pon pkp bukan boleh jemput ramai2. Cukup la untuk meraikan majilis akad nikah. Tapi lauk dia sumpah sedap & banyak. Korang kena rajin survey.).

5. Henna: RM75

(Sumpah puas hati henna MUA ni buat. lawa gila)

6. Makeup: RM180

(Aku ambil yang cheap ja sebab untuk akad nikah memang taknak yang heavy2).


TOTAL: RM5070


Alhamdulillah majlis berjalan lancar & sekarang dah 2 bulan kami jadi suami isteri. Doakan semoga dimurahkan rezeki & bahagia hingga Jannah.


Salam sayang,

POTATO

Sunday 6 September 2020

2020 vs Covid-19

 Assalamualaikum, 


Hampir 2 tahun aku tak menulis blog, hampir terlupa kewujudan blog ni semenjak bekerja😆. Maklumlah kerja di Malaysia ni mostly 24hours, weekend pun kerja. Tapi bukan tu nak dibualkan. 

Tahun 2020 paling mencabar, kehadiran Covid-19 macam perang. Hampir seluruh negara terjejas. Rakyat pun sama, tambahan rakyat marhaen macam aku ni.  Aku tengok ramai yang kena buang kerja. Menganggur, tak ada sumber pendapatan. Kesian, tapi semua orang struggle termasuklah aku🙃.


Tapi dalam bencana yang dihadapi, aku tengok kebanyakkan orang tabah & hebat. Kena buang kerja macam² akal datang untuk mencaro wang secara halal. Ada yang buat grab food, ada yang buat bisnes kecil² an, ada yg join dropship, siap buka open order jual makanan lagi.


Apa² pon aku harap korang semua stay strong dan semoga tahun 2021 memberi sedikit sonar kepada kita semua. Stay chill & keep praying.

Salam Sayang,

Potato😊

Wednesday 12 September 2018

Life vs inner self



Pernah tak korang feel macam aku feel which is korang in the state of tengah cari hala tuju hidup. Current situation korang buatkan korang xhappy especially in term of kerja. Tak kena dgn jiwa and buat korang rasa lifeless macam ada something yang missing tp xtahu apa yg missing tu. 

Aku tgh dalam battle untuk jalani life aku based on apa yang dah ada dan dalam masa sma mencari somthing yang buat aku happy dlm life. Like passion but terikat because of follow the track and komitmen yang ada. 

Hopefully aku dapat cari apa yang aku nak dlm life aku. Amin.


Salam sayang,
Potato

Sunday 4 March 2018

Happy ke?





Assalamualaikum gaiissss...

Pernah tak korang rasa serabut nak mati dan rasa tak bahagia? Aku kadang rasa macam ni sampai satu tahap rasa nak gila. Tambah bila time tengah busy nak mati banyak kerja or banyak masalah. 
So macam mana nak pastikan diri kita ni sentiasa kekal ceria dan happy? Ni aku kongsikan tips yang aku buat.


1. Yang paling utama sekali bila kita rasa sedih, tak happy kan kena turn back diri ni balik kt sang pencipta sebab dia sebaik2 tempat mengadu. Aku rasa ni semua orang tau cuma buat xbuat ja. Bila sedih tu banyak2 baca alquran untuk tenangkan hati k.

2. Belajar hargai apa orang lain buat untuk kita walaupun untuk benda kecil. Ni yang paling penting untuk pastikan diri korang sentiasa happy. Perasan tak bila korang start hargai orang lain, korang akan berfikiran positif dan semua ni menjurus korang untuk kekal ceria dan happy sebab korang x berfikiran buruk. Dalam masa yang sama orang lain juga turut happy bila korang hargai dorang.

3. Berhenti fikir benda tak patut. Ni paling penting bila ada masalah jangan fikirkan sangat. Aku sentiasa pesan kat diri aku semua masalah ada penyelesaian cuma lambat atau cepat ja nak selesai. 

4. Luangkan masa untuk diri. Bila tengah sedih aku akan luangkan masa untuk diri aku. Aku akan buat benda yang aku suka walaupun benda kecil. Aku akan sibukkan diri aku dengan memasak, menyanyi dan menulis blog. Kadang2 aku spend time lepak sesorang kt mcd minum coffee sambil tengok gelagat orang lain haha.

Aku sentiasa pegang ayat hidup ni  tak lama pon jadi happykan diri selalu untuk kebahagiaan korang. Semoga kita semua sentiasa bahagia dalam hidup. 


Salam sayang, 

Potato

Wednesday 21 February 2018

Pertemuan dan pengajaran

Assalamualaikum semua, 




Ada 2 sebab kita bertemu dengan seseorang. Sama ada kita ubah dia atau dia ubah kita. Prinsip ni yang aku pegang sampai sekarang yang buatkan aku walau apa terjadi aku sentiasa redha dan tak salahkan orang.

Bila benda buruk berlaku kat aku, aku sentiasa remindkan diri aku jangan pernah salahkan orang. Semua pertemuan yang berlaku sebenarnya nak mengajar kita jadi lebih baik.

Jadi aku ambil iktibar dari apa yang terjadi kat diri aku untuk improvekan diri aku jadi lebih baik. Aku sentiasa berterima kasih pada orang yang hadir dalam hidup aku dan ajar aku banyak benda. 

Ambil semua sebagai pengajaran dan berubah kearah kebaikan. Percaya dengan takdir Allah and yang penting kita kena ingat satu benda ni

                           "You cannot have a rainbow without a little rain"


Salam sayang,

Potato

Monday 5 February 2018

Kenali lelaki dalam perhubungan!

Assalamualaikum, 

Since malam ni aku free sikit, mood pon tengah diawangan yela tengah malam ni baru reti nak reflect diri. Kali ni aku nak cakap pasal cinta. Sebab hampa memang suka kan bab camni.


First, jangan tanya aku macam mana nak tahu he's the one? Sebab aku pon tak jumpa lagi the right one. Tapi aku nak bagi tips untuk kenal kalau lelaki yang tak ikhlas dan nak main2 je.


So jangan buang masa. Jom kita kenali lelaki tak guna macam ni:

1. Gigih diawal perkenalan- Ok, lelaki yang main2 ni kat awal perkenalan je dia sibuk gigih nak tackle kau. Time ni memang dia akan tunjuk yang dia memang minat gila kat kau. Macam kau je the only perempuan kat dunia ni.

2. Sweet semanis gula- Fuh! Dia punya pickup line tu memang A+++ la. Kalau buat karangan bm memang konfirm cemerlang. Masa ni dia akan ayat kau pakai janji manis. Siap cakap dia perfect untuk kau. Jangan percaya sangat janji manis dorang ni nanti boleh kena potong kaki oo.

3. Contact lewat malam- Selalu lelaki camni nak ngorat awek tengah malam je. Sebab tu masa yang tepat untuk menambat hati wanita. Yela suasana tenang ditemani bulan purnama eh. Baru la apa dia cakap menusuk jiwa sikit huhu.

4. Makin hambar lepas seminggu- Awal perkenalan je dia contact kau siap wish good morning good night. Lepas seminggu dia dah xcontact kau sebab dia dah bosan. Beware ye takut tersuka nanti diri sendiri yang susah.

5. Lama2 kawan kerap bagi alasan- Bila dah lama kawan and korang rasa mungkin patut pergi lebih jauh geng2 parasit ni akan bagi alasan. Bermacam alasan untuk mengelak dari korang contoh: Awak terlalu baik untuk saya, u need a stable man- economy, saya takde comitment, saya sibuk. 


Ok! So if korang ada jumpa geng parasit camni, aku sarankan korang untuk angkat kaki blah je. U deserve better bak kata nabila razali dalam klip video cumi-cumi. 

Perempuan ni fitrah dia untuk  menyayangi dari tak sayang boleh sayang. tapi lelaki dia punya perangai kalau A, A la B, B la. kalau suka dia memang akan stay dgn kau smpai bila2 layan kau dgn baik. kalau nak main2 kau tabur duit pon belum tentu dia nak.

Akhir kata aku carilah orang yang lebih sayang korang, wahai wanita dari korang sayangkan kaum lelaki. Apa pon yang kita buat jangan lupa minta petunjuk dekat tuhan. Dia yang pegang hati kita.

Sekian, salam sayang

Potato.

Sunday 28 January 2018

Resepi by potato

Brownies simple

Assalamualaikum, 

Malam ni aku nak share cara mudah untuk buat brownies. Senang je tak payah pakai mesin pon guna whisk je. Paling simple, cepat dan mudah. Ni kira macam cara orang bujang la hoho.
Ni brownies aku buat. Yang berlubang tu aku cucuk sebab nak tengok masak ke tak haha.


Bahan-bahan:

1. 1 cawan tepung gandum
2. 1 cawan gula halus (kalau takde gula halus blend je gula kasar tu senang je)
3. 3/4 cawan planta
4. 200 gm chocolate masakan 
5. 4 biji telur
6. Setengah cawan serbuk koko

Cara buat:

1. Ayak tepung dengan gula (malas tak payah ayak xpe).
2. Masukkan telur dengan gula halus dulu. Kacau sampai tukar warna putih sikit and ada foam.
3. Masukkan planta (cairkan dulu) kacau lagi sampai sebati, lepastu masukkan tepung gandum.
4. Masukkan serbuk koko dan coklat masakan yang dah dicairkan (double boiler).
5. Sapu planta dekat loyang. Masukkan semua adunan.
6. Bakar. Aku bakar manual (40 min, api perlahan) kalau pakai oven (30 min, 160 degree celcius). Rajin2 check kang hangus pulak.
7. Dah siap. Rajin letakla topping choc kat atas tu (Meltkan coklat masakan dengan mentega pastu letak kat atas brownies).

Post potato